Saturday, December 15, 2018

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Setiap bakal guru perlu lah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkah ke alam
persekolahan. Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang
akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar,
menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi
pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu tahu untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi
mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk
menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai
kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Murid lebih tertarik
kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet,
powerpoint, dan video.
Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi suara,
bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti
pengajaran secara efektif. Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan muridmurid
dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi ke pendidikan pelbagai hala
guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai.
Muridmurid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan
panggilan baik-baik. Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran
positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati
terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap
individu murid dan melihatnya dengan penuh empati serta.
Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu
berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji
kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan
mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan
pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar,
persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Lantaran sedemikian akan
membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian
pembelajaran maksimum.
Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang guru dalam
melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila
pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalingan pelajar. Tahap efektif guru
lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan,
kemahiran, pengalaman dan apresiasi. Semua ini menjadi key performance index terhadap
keterampilan guru dan guru efektif. Guru berkebolehan menjangkau perlakuan yang akan berlaku
semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan
terbaik dan sepenuh kebaikan.

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

TOPIK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan ceria.
Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang baik
bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan.
Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat menekankan aspek iklim dan
persekitaran sekolah yang baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengan tenteram sekiranya
persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising.
Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal
sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta
suasana kerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan
sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi
konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).
Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap
pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di
dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah
yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang
persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian,
suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan
tenteram dan selesa.
Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria, pelajar tidak akan jemu
untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja
dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin
pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah
sekolah yang cantik dan menarik pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya
ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin
dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi
membantu proses pembelajaran anak-anak mereka.
Tetapi tidak dinafikan terdapat halangan-halangan tertentu dalam merealisasikan hasrat tersebut.
Salah satu halangan terhadap melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada
masalah kewangan. Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah, pengetua, guruguru,
staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah
perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula boleh menjalankan kutipan derma melalui programprogram
tertentu, guru-guru pula membantu para pelajar menjalankan program-program amal.
Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti
motivasi dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan
budaya sekolah yang positif.

PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

TOPIK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Pengurusan murid pelbagai upaya membincangkan tenang bagaimana pengurusan yang khusus
kepada pelajar yang berkeperluan khas. Ia juga membincangkan program-program pendidikan
yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan
fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.
Tiga isi penting yang diperolehi dalam topik ini ialah pengurusan murid pelbagai upaya ini
memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, penggayaan, pelbagai
kecerdasan dan keperluan khas. Program pemulihan dan penggayaan diwujudkan atas arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi
masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah
pembelajaran yang sewajarnya. Selain itu, pelbagai kecerdasan ialah teori yang diperkenalkan oleh
seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan
yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Melalui topik
ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom
down, autism dan kerencatan mental.
Sebagai kesimpulan daripada keseluruhan topik ini,pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan
pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang
realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanakkanak
pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak
boleh wujudkan pengasingan sosial kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman.
Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar
pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti
kognitif, kelajuan yang sesuai dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang
bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula
ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal, budi (cara berfikir, berkelakuan
dan sebagainya). Ia juga merupakan sifat budaya, yang mengenai kebudayaan yang sudah maju
(akal budi). Ini dari segi bahasa, dari segi istilah pula ia merupakan satu sistem kepercayaan dan
tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam
sebuah organisasi atau masyarakat mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya dan
menggalakkan serta menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang
inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Tiga isi penting yang dapat diperolehi dalam topik ini ialah perbezaan individu, kepelbagaian
pelajar dan peranan sekolah serta tujuan dan strategi perbezaan. Dari segi hakikat kejadian,
manusia memang berbeza antara sau sama lain. Para pendidik haruslah sedar tentang hakikat ini
kerana telah termaktub dalam FPN. Namun terdapat guru yang mengajar seolah-olah semuanya
sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan masa yang diperlukan untuk
belajar. Keadaan ini memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang bebeza. Sebahagian pelajar
memerlukan bimbingan secara terus oleh guru namun terdapat sebilangan pelajar pula mampu
belajar secara berkesan dengan penglibatan guru yang minimum. Dalam kalangan pelajar pula
mengalami perbezaan dari segi bangsa, agama, taraf keluarga dan gender. Ia juga melibatkan
golongan minoriti iaitu orang kurang upaya dan golongan minoriti (orang asli).
Selain itu, kepelbagaian pelajar dan peranan sekolah. Sekolah memikul tanggungjawab bagi
memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Cara yang
digunakan ialah pendidikan inklusif. Pendekatan pendidikan inklusif ini adalah satu model untuk
sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Menurut Sabri Salleh Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan (1996) pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah
pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar
bersama-sama dengan murid-murid normal iaitu di dalam kelas yang sama dan di ajar oleh guru
biasa.
Akhir sekali, tujuan dan strategi perbezaan. Tujuan perbezaan adalah untuk menggalakkan
kejayaan pembelajaran. Dengan ini, pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza
dapat membuktikan apa yang mereka tahu, faham dan apa yang boleh mereka lakukan. Ini
membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan releven dengan
kebolehan mereka. Terdapat jenis-jenis perbezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk
mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum. Antara jenis perbezaannya
ialah perbezaan isi kandungan, minat, kadar belajar, tahap, akses dan lain-lain.

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Konsep penasihatan murid pula didefinisikan sebagai memberi nasihat ialah strategi
menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. ( Zuraidah 1994 ).
Sementara itu, bagi Gibson & Mitchell ( 1999 ) nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan
maklumat baru dan berguna. Dalam Kamus Dewan pula nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik,
peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorag tentang pelbagai hal.
Jadi dapat disimpulkan bahawa penasihatan ini ialah strategi untuk menyelesaikan masalah murid
dengan memberi ajaran dan petunjuk yang baik serta menyediakan maklumat baru dan berguna.
Tiga isi penting yang dapat saya pelajari dalam topik ini ialah tentang konsep bimbingan,
penasihatan dan mentoring. Menurut Crow & Crow (1960) konsep bimbingan ialah bantuan
seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari
setiap peringkat usia. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan
aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam
pendidikan mereka. Sementara itu, konsep penasihatan telah diasaskan oleh Zuraidah (1994).
Konsep ini merujuk kepada proses memberi nasihat iaitu strategi menyelesaikan masalah tanpa
memikirkan perasaan individu yang terlibat. Konsep yang terakhir ialah konsep mentoring.
Konsep ini dipelopori oleh Fletcher (2000). Menurut perspektif ini mentoring ialah membimbing
dan menyokong pelajar (mantee) supaya dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah,
tentang melicinkan tatacara yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan
mengarahkan.
Dapat dirumuskan disini bahawa pengurusan penasihatan murid ini memberi tumpuan kepada
penasihatan murid yang terdiri daripada tiga komponen iaitu bimbingan, penasihatan dan
mentoring. Ketiga-tiga komponen ini merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk
membantu pelajar-pelajar dalam aspek pembelajaran dan kehidupan mereka. Ketiga-tiga kaedah
ini dikenalpasti sebagai strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara
tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan
pelajar bagi membentuk modal insan yang baik kepada negara dan bangsa serta mencapai
kesejahteraan dalam kehidupan mereka.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut
peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada peraturan
sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan disiplin diadakan
untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian besar pelajar berpendapat
disiplin sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan
mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara
terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu
diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat peraturan yang
ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju
bahawa membentuk disiplin secara paksaan adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah kerana
pelajar akan memberontak jika mereka dwipaksa melakukan perkara yang mereka tidak suka.
Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang berdisiplin sahaja boleh berjaya dan
sebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun peraturan itu tidak
rasional. Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri lebih baik dalam
membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang tidak bersetuju memakai
pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan wujudnya kesedaran
diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar dapat mendorong mereka mematuhi
disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri.
Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar selepas ibu bapa. Oleh sebab
itulah hubungan yang erat antara pelajar dan guru dapat melahirkan disiplin yang baik. Di samping
itu, guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni setiap kali selepas sesi pembelajaran sama ada
di dalam kelas atau di luar kelas. Ramai pelajar yang tidak bersetuju bahawa kurangnya minat
dalam belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai banyak faedah
kepada pelajar dan ia dapat meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar. Oleh itu, pelajar
bersedia memikul tanggungjawab apabila dilantik menjadi pengerusi persatuan atau kelab. Guruguru
juga akan mengambil tindakan apabila pelajar tidak menghadiri aktiviti kokurikulum untuk
memastikan pelajar tidak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah. Ada di antara mereka juga
berpendapat perhimpunan mingguan sekolah adalah salah satu cara untuk membentuk disiplin
pelajar. Pengawas akan mengambil tindakan ke atas pelajarpelajar yang melanggar peraturan
sekolah. Dan seterusnya guru disiplin akan menggunakan rotan sekiranya pelajar melakukan
kesalahan. Ada juga pelajar bersetuju mengimplikasi peraturan menggantung pelajar daripada
persekolahan apabila mereka didapati bersalah melanggar disiplin dapat mengurangkan masalah
disiplin sekolah.

STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

TOPIK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu
dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. sumber manusia
merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk
kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum.
Manakala, Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi.
Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala
kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru,
papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan
sebagainya.
Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu pengurusan bilik
darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik
darjah, dan ilmu pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang
guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk mengurus bilik
darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar, pengurusan kaunseling,
kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi
yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah. Antara strateginya adalah seperti
perancangan murid, perancangan bilik darjah, wujudkan suasana kondusif, dan menyampaikan
pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini

PENGURUSAN SUMBER

TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan
pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan
sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering digunakan oleh pelajar dan guru di
sekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan
kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.
Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan
pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan
ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar
sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi yang paling utama di dalam sistem
pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat menyediakan bahan,
khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan
dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan
kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan
oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid-murid.
Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid
pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar untuk kadar
masing- masing pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka.
Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah
pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan
pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi
bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sama ada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen pembelajaran berasaskan sumber
ialah (1) penggunaan buku teks, (2) aktiviti penelitian, (3) pencarian bahan dari pelbagai sumber,
(4) latihan penyelesaian masalah dan (5) penggunaan alat pandang dengar.
Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen, model
gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah pakej
pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia, cakera padat interaktif,
bahan daripada internet, persidangan-tele dan persidangan-video. Strategi ini memupuk sifat-sifat
sosial yang positif khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan.
Selain itu, guru perlu memainkan peranan yang penting bagi menanam minat membaca dalam
kalangan murid. Dengan membaca pelbagai jenis buku, murid akan mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan secara tidak langsung. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang juga boleh
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid.
Seterusnya, dengan adanya pusat sumber ini hasrat kerajaan akan tercapai iaitu bagi melahirkan
murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menjadi warganegara yang
bertanggungjawab. Oleh itu, pihak guru perlu menjalankan pelbagai aktiviti supaya hasrat kerajaan
tercapai seperti mengadakan melaksanakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru, PSS
perlu membina koleksi bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan pelbagai bagi menarik
minat membaca dan seterusnya amalan pembelajaran sepanjang hayat.

PENGURUSAN BILIK DARJAH

TOPIK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik
darjah yang membantu dalam menggalakkan komunikasi dan interaksi antara pelajar. Persekitaran
pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan juga salah satu alat pembelajaran
merupakan maksud bagi bilik darjah. Pengurusan bilik darjah memiliki lima ciri iaitu aktiviti
pengajaran individu, aktiviti pengajaran berkumpulan, pusat pembelajaran, penyediaan bahan
pembelajaran dan juga pengurusan sumber.
Aktiviti pengajaran individu ialah penglibatan murid dalam pembelajaran yang amat diperlukan.
Setiap murid memiliki perbezaan masing-masing terutamanya dari segi kecerdasan, kebolehan,
bakat, minat dan cita-cita dan mereka berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan
kecenderungan mereka secara menyeluruh. Guru memainkan peranan dalam membantu proses
pembelajaran ini. Seseorang murid yang meminati sesuatu perkara akan menguasai kemahiran
yang mengikut kebolehan mereka sendiri. Tugas sebagai guru adalah memerhati dan mengetahui
perbezaan ini yang boleh dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira,
melukis, menyelesaikan masalah dan cara mereka menggunakan peralatan dan bahan. Pengawasan
guru yang baik akan membantu dalam meningkatkan potensi pelajar mereka. Pengajaran individu
boleh dilakukan dengan cara menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang kecil yang juga
memerlukan kerjasama guru dalam menyediakan situasi pembelajaran yang mampu menarik minat
murid untuk tidak jemu belajar. Pada amnya, proses pembelajaran yang dialami oleh murid secara
individu di dalam kelas tidak kira formal mahupun tidak formal.
Antara objektif pengajaran dan pembelajaran individu ini ialah murid memiliki daya usaha untuk
belajar dengan sendiri, mampu memupuk keyakinan diri dan motivasi untuk belajar dalam diri
murid, murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri dan akhir
sekali berobjektif murid dapat mengusai kemahiran membaca, menulis dan mengira mengikut
kebolehan masing-masing serta mendapat panduan khusus daripada guru mahupun rakan sebaya.
Lima faktor yang mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran individu ialah murid,
aktiviti, masa, bahan dan juga ruang. Guru pula berperanan dalam merancang pengajaran,
membentuk nilai yang positif, meningkatkan kemahiran diri seperti mengurus, berkomunikasi dan
membuat kauseling dan akhir sekali ialah menilai. Manakal bagi murid pula seharusnya bertindak
dalam mengenali bidang yang perlu dikuasai pada tahap-tahap tertentu dan memahami tujuan
mempelajari kemahiran yang telah ditetapkan. Malah guru dan murid juga perlu mendapatkan
gambaran tentang perkembangan perlakuan murid tentang minat, sikap dan nilai. Jelaslah bahawa
aktiviti pengajaran individu memiliki objektif tersendiri.
Seterusnya, aktiviti pengajaran berkumpulan yang merupakan aktiviti pengajaran yang
memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Murid dikelompokkan mengikut
peringkat kebolehan dan minat yang dikumpulankan samada mengikut kebolehan atau berbeza
kebolehan. Aktiviti pengajaran berkumpulan ini bertujuan memudahkan guru membimbing murid.
Malah aktiviti ini juga menggalakkan penglibatan aktif murid serta memupuk kerjasama dan juga
rasa tanggungjawab antara murid dimana murid yang pintar akan membantu murid yang lemah.
Disini terbukti bahawa aktiviti berkumpulan ini menyumbang kepada perkongsian ilmu antara
pelajar. Antara prinsip pengajaran berkumpulan ialah guru bersedia menghadapi pelbagai situasi,
perhatian yang diberikan oleh guru haruslah samarata kepada semua kumpulan, penerangan
diberikan kepada setiap kumpulan dan juga perlu merancang aktiviti terlebih dahulu bagi
mengelakkan berlakunya pertembungan aktiviti.
Organisasi pengajaran berkumpulan terbahagi kepada dua iaitu pertama, jenis dan bentuk
kumpulan yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan dan
mengikut minat. Kedua ialah pengurusan fizikal kelas. Jenis dan bentuk kumpulan mengikut
kebolehan merupakan proses menyatukan pelajar yang memiliki kebolehan yang sama, contohnya
guru memerhati serta mencatat pencapaian murid-murid dan seterusnya secara berhati-hati
bahagikan mereka mengikut kebolehan mereka. Selalunya kelas kumpulan dibahagikan kepada
tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lemah. Melalui cara ini memudahkan penguasaan
sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran. Sebaliknya pula bagi kumpulan pelbagai kebolehan,
di mana dalam satu kumpulan terdapat pelbagai kebolehan dalam pelbagai aktiviti seperti dalam
satu-satu kumpulan ada yang pandai membaca, melukis dan juga aktif dalam kerja-kerja praktikal.
Melalui cara ini, murid yang cerdas membantu murid yang lambat di samping mereka boleh
meningkatkan kebolehan memimpin. Bagi kumpulan mengikut minat pula adalah berdasarkan
keseragaman minat atau bakat murid misalnya dalam mata pelajaran Akaun dan Sains. Namun
begitu, ianya hanyalah bersifat kekal atau sementara berdasarkan kehendak dan keperluan guru
dan murid. Pengurusan fizikal kelas pula memiliki dua cabang iaitu bilik darjah KBSR dan KBSM.
Bilik darjah KBSR menekankan pengajaran berpusatkan murid, susunan kerusi dan meja adalah
mengikut kumpulan serta menitikberatkan saiz kerusi dan meja yang sesuai mengikut ketinggian
murid. Manakala bagi bilik darjah KBSM, susunan meja dan kerusi berbentuk kumpulan yang
memudahkan guru membantu murid dalam pelajaran. Namun demikian, aktiviti pengajaran
berkumpulan ini memiliki kekangan tersendiri di mana guru tidak dapat memberi perhatian yang
saksama kepada setiap kumpulan dan juga pembelajaran rakan sebaya kurang berlaku. Tegaslah,
aktiviti pengajaran berkumpulan memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri.
i. Pusat Pembelajaran
Pusat pembelajaran ialah ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai bahan
sumber dan dibina mengikut kreativiti gur dan murid. Dengan adanya pusat pembelajaran ini
sesi pengajaran dapat dilakukan dengan pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan. Pusat
pembelajaran berfungsi sebagai tempat yang mempamerkan hasil kerja murid untuk membina
kreativiti dan keyakinan murid dan juga berfungsi sebagai ruang, peluang dan bahan kepada
murid yang menggunakan lebih daripada satu deria dalam sesi pembelajaran. Tiga faktor
penubuhan pusat pembelajaran ialah dari aspek fizikal, ekonomi serta daya usaha dan
kreativiti.
Pusat pembelajaran juga memiliki tiga jenis pusat iaitu pusat pembelajaran langsung, terbuka
dan kemahiran. Namun begitu, dalam penubuhan pusat pembelajaran terdapat panduan
membinanya, panduan merancang serta pengurusannya tersendiri. Antara panduan membina
pusat pembelajaran ialah menyusun kedudukan kerusi dan meja supaya ada ruang murid untuk
bergerak, mengubah susunan tempat duduk dari semasa ke semasa, mengenalpasti bahan
sumber yang diperlukan untuk dipamerkan atau dijadikan bahan rujukan dan juga melengkapi
pusat pembelajaran dengan pelbagai sumber dan bahan. Seterusnya bagi panduan merancang
ialah mengenalpasti sukatan pelajaran tertentu yang sesuai untuk dilakukan di pusat
pembelajaran. Selain itu, perlu juga mengenalpasti aktiviti yang telah dirancang untuk
dilakukan serta memilih dan juga mengumpul alat bahan mengajar seperti bahan cetak, tayang,
audio dan bahan tiga dimensi.
Pusat pembelajaran diurus secara usahasama antara guru dan murid dan guru berperanan dalam
merancang dan menyediakan jadual waktu penggunaan pusat pembelajaran bagi memastikan
kelancaran penggunaan pusat pembelajaran teratur, tidak berlaku pertembungan. Guru
bertugas juga diberi tugas untuk menyelia, membimbing dan mengawal keselamatan di
samping menyenarai bahan dan alat yang ada di pusat pembelajaran untuk tujuan pengesanan
bahan. Contohnya, bagi mengenalpasti kehilangan bahan dan memudahkan kerja penggantian
semula bahan. Manakala murid berperanan untuk mematuhi arahan guru ketika menggunakan
pusat pembelajaran.
ii. Bahan Pengajaran
Bahan pengajaran membawa maksud apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran
merangkumi alat dan isi pengajaran atau juga dikenali dengan media pendidikan seperti
perkakasan dan perisian. Bahan pengajaran digunakan sebagai rangsangan bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih bermakna. Bahan pengajaran diperlukan adalah kerana untuk
membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar dan membantu murid memahami apa
sahaja yang disampaikan oleh guru mereka. Sebagai contohnya, bahan pengajaran diperlukan
untuk menjelaskan makna atau konsep, menyampaikan sumber pengalaman dan dalam
mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran agar murid-murid tidak cepat bosan jika hanya
tertumpu kepada buku sahaja.
Tiga proses penggunaan bahan yang harus diberi penekanan iaitu peringkat yang pertama ialah
rancangan pengajaran seterusnya persediaan mengajar dan akhir sekali peringkat ketiga iaitu
penilaian. Bahan pengajaran ini terbahagi kepada dua jenis, bahan hidup dan bahan bukan
hidup. Bahan hidup ialah seperti haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan manakala bagi bahan
bukan hidup iaitu elektronik, bukan elektronik dan bahan-bahan tiga dimensi. Bagi
perancangan bahan pula yang diutamakan dalam merancang penggunaan sesuatu bahan ialah
jenis dan bahan bentuk, cara bahan digunakan dan juga kemudahan penggunaan bahan.
Tegaslah bahawa bahan pengajaran merupakan sesuatu yang diperlukan dalam proses
pengajaran pada dunia kini kerana ianya merupakan pembantu dalam penyampaian ilmu yang
berkesan.
iii. Pengurusan Sumber
Pengurusan sumber yang merupakan satu proses memilih, menyusun, mengguna dan
menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Sumber
pendidikan pula ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru dalam mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Dan antara objektif bagi
pengurusan sumber yang baik adalah untuk mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan
yang hidup dan mencabar dan seterusnya mampu menarik minat dan semangat kepada pelajar
untuk terus belajar. Malah pengurusan sumber ini juga menjamin perkembangan pembelajaran
murid. Natijahnya, pengurusan sumber merupakan salah satu perkara pelengkap dalam
menjamin pembelajaran yang berkesan di dalam setiap kelas yang memastikan aktiviti-aktiviti
di dalam bilik darjah berjalan tanpa gangguan.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan,
kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum.
Harus diingat bahawa guru pelatih perlu mendapatkan maklumat secukupnya tentang bilik darjah
dan pelajar-pelajar terlebih dahulu sebelum menjejakkan kaki buat pertama kali ke dalam bilik
darjah berkenaan.

PENGURUSAN MURID.

TOPIK 5: PENGURUSAN MURID.
Sistem pembelajaran terunggul dapat dilahirkan melalui pelbagai aspek yang dikaji dengan teliti
agar matlamat yang diigini tercapai dan antaranya ialah pengurusan murid. Pengurusan merupakan
satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian,
pengawalan dan pengarahan. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah.
Ini kerana, pengurusan murid di sekolah adalah cermin prestasi sekolah itu sendiri. Suppiah
Nachiappan et. All (2009), menyatakan bahawa selain berhadapan dengan remaja yang
mempunyai masalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan murid yang
mempunyai keistimewaan luar biasa dalam kategori pintar, cergas dan pelbagai upaya. Golongan
ini sering tidak dipedulikan kerana guru beranggapan mereka sudah dapat menguasai isi pelajaran
dengan cepat berbanding dengan yang lain. Pengurusan murid terbahagi kepada 3 komponen
penting, iaitu mengurus rekod pelajar, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.
Tujuan mengurus rekod murid adalah untuk memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah.
Profil murid juga dikemaskinikan agar sentiasa mengikuti perkembangan semasa kehidupan murid
tersebut, contohnya seorang murid yang bertukar rumah dan pihak sekolah tidak mengetahuinya,
ini akan menyulitkan pengurusan pihak sekolah jika ingin menghantar surat atau mengunjungi ke
rumah pelajar tersebut atas urusan kebajikan. Rekod murid juga bertujuan untuk mengetahui
perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar selain bagi menyediakan
maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI).
Paling utama ialah rekod murid sebagai panduan kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri, di mana
ibu bapa dapat mengetahui kemajuan dan kebolehan anak mereka manakala murid pula dapat
mengatahui potensi masing-masing. Antara jenis-jenis rekod murid ialah rekod pendaftaran, rekod
kutipan yuran, jadual kedatangan, rekod prestasi, rekod profil, buku kemajuan murid dan kad
himpunan 001 & 002.
Seterusnya kesediaan murid. Kesediaan murid membawa maksud keadaan seseorang individu
yang bersedia dan berupaya mempelajari sesuatu perkara yang bertujuan untuk memperoleh
pengalaman dan pembelajaran yang baru. Jenis kesediaan pelajar terbahagi kepada 3 iaitu afektif,
kognitif dan psikomotor. Kesediaan kognitif berkait rapat dengan mental untuk memahami dan
berfikir di mana perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang. Manakala afektif
merujuk kepada sikap, keinginan, minat dan ketekunan seseorang individu untuk menerima
pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Pelajar yang mempunyai kesediaan afektif ialah
pelajar yang bersifat positif dan minat terhadap pelajaran yang akan memainkan peranan yang
aktif dan agresif dalam sebarang aktiviti. Penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan
fizikal termasuk perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan
penggerak di dalam seluruh badan pula merupakan kesediaan psikomotor. Antara faktor yang
mempengaruhi kesediaan pelajar ialah kematangan dan pengalaman.
Kematangan fizikal, sosial, mental, emosi, motivasi dalaman dan kemahiran asas dalaman
merupakan diantara kategori bagi faktor kematangan seseorang individu. Kesediaan pelajar turut
mempunyai masalah perbezaan yang diantaranya ialah perbezaan perkembangan mental, sikap dan
minat, kadar pertumbuhan fizikal, keyakinan diri, jantina dan perbezaan dalam diri sendiri.
Perkembangan mental yang wujud secara semulajadi ini sedikit sebanyak memberi masalah
kepada guru dalam melayani mereka. Murid yang meminati sesuatu subjek atau sesuatu perkara
akan mencapai prestasi yang baik dan cemerlang manakala guru akan menghadapi masalah dalam
memilih bahan, isi kandungan dan alat bantu mengajar. Bagi kadar pertumbuhan fizikal pula wujud
kerana setiap individu mempunyai corak pertumbuhan unik masing-masing. Sebagai contohnya,
kanak-kanak dalam umur yang sama tidak akan mempunyai kebolehan yang sama dan ini akan
membuatkan guru mereka susah untuk merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada
murid.
Murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang turut menjadi kekangan kepada kesediaan
belajar, contohnya pelajar yang ekonomi keluarganya tidak stabil akan mengalami gangguan
dalam menuntut ilmu. Pelbagai status ekonomi yang pelbagai akan membina keyakinan diri yang
berbeza. Seterusnya, pelajar lelaki dan perempuan memiliki perkembangan biologi dan fizikal
yang berbeza. Pertumbuhan pada peringkat remaja bagi perempuan adalah berkembang lebih pesat
dan mencapai kedewasaan berbanding lelaki. Dan masalah kesediaan pelajar berpunca daripada
pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina dan sebagai seorang guru harus menyedari perbezaan
jantina tersebut ketika membuat rancangan pembelajaran. Akhir sekali, bagi perbezaan dalam diri
individu pula menunjukkan kebolehan yang berbeza-beza dalam bidang tertentu.
Motivasi bermaksud tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri setiap pelajar yang dapat
bantuan daripada guru yang menyebabkan murid sentiasa ingin berusaha. Motivasi ini juga
merupakan sesuatu yang diberi sehingga mampu menaikkan semangat respond untuk mencapai
tujuan utama mereka. Terdapat dua hubungan motivasi murid dan pembelajaran iaitu murid
motivasi rendah dan murid motivasi tinggi. Antara contoh murid motivasi rendah ialah tidak peduli
akan pencapaian sendiri serta pasif dan malas dalam pembelajaran. Bagi murid motivasi tinggi
pula merupakan individu yang sentiasa membuat semakan akan prestasi sendiri dan juga kritis dan
kreatif dalam pembelajaran. Terdapat dua teknik motivasi iaitu teknik intrinsik dan ekstrinsik.
Teknik intrinsik merupakan hasil dorongan dalaman dan minat seseorang untuk melakukan sesuatu
perkara tanpa memikirkan ganjaran dan ianya merupakan sifat semulajadi seseorang dengan unsur
yang sedia ada dalam proses pembelajaran dan boleh terbentuk juga dari pengalaman. Teknik
ekstrinsik pula sebaliknya, di mana dipengaruhi oleh rangsangan luar iaitu sesuatu aktiviti yang
membawa faedah kepada dirinya. Para guru boleh meningkatkan motivasi kepada pelajar melalui
menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberangsang pelajar
untuk menjadi lebih baik. Sebagai contoh persekitaran yang baik ialah menyediakan suasana bilik
darjah yang kondusif untuk pelajarnya, menentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang
perlu dicapai dan memastikan penglibatan pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam
atau di luar kelas.
Seterusnya, pembelajaran koperatif dan kolaboratif di mana mewujudkan suasana tolongmenolong
antara pelajar dan sentiasa mengingati dan mendorong pelajar yang lemah dalam usaha
meningkatkan pencapaian kerja mereka. Peneguhan positif dan negatif juga merupakan salah satu
cara yang boleh diambil oleh para guru dalam memotivasikan pelajar. Peneguhan positif ialah
memberi pujian atau menganugerahkan pelajar dengan satu gelaran yang baik bagi mendorong
pelajar untuk mencapai matlamat dan juga hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Manakala
peneguhan negatif ialah mengasingkan tempat duduk pelajar yang mempunyai tingkah laku yang
kurang baik dari pelajar yang baik agar ianya mampu mengelakkan terganggunya suasana proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, bagi implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran pula ialah guru harus
percayai akan pelajar mereka mampu meningkatkan pencapaian masing-masing, di sini
menunjukkan bahawa guru seharusnya tidak mengabaikan pelajar yang lemah, sebaliknya harus
memberi mereka semangat untuk terus berusaha. Guru juga harus memastikan penglibatan pelajar
dalam sebarang aktiviti akademik seperti aktiviti unit beruniform. Ciri-ciri komunikasi yang positif
juga harus diterapkan di dalam kelas sebagai contoh memberi senyuman mahupun anggukkan
kepala ketika berinteraksi dengan pelajar.
Kesimpulannya, dalam sesebuah organisasi memerlukan pengurusan murid yang baik seperti
rekod murid yang tersusun dan lengkap, mengetahui tahap kesediaan murid dan akhir sekali
motivasi. Ketiga-tiga pengurusan murid ini mempunyai kepentingan tersendiri sebagai contoh
motivasi yang merupakan satu sesi atau proses yang amat diperlukan dalam mendidik pelajar.
Tanpa motivasi sudah tentu pelajar sukar dikawal, contohnya pelajar yang kurang pandai akan
berasa semakin tidak bersemangat kerana tiadanya semangat serta dorongan dari para tenaga
pengajar.

ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

TOPIK 4: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Pemimpin yang baik diperlukan dalam sesuatu organisasi bagi mewujudkan organisasi yang baik
serta mempunyai orientasi visi dan misi yang kehadapan. Pimpinan dalam organisasi adalah
jabatan atau posisi seseorang dalam sebuah organisasi dan tugasannya adalah untuk mengatur
segala sesuatu mengenai kebijakan dan keputusan dalam mengurus organisasi tersebut. Tugas
pemimpin dalam sesebuah organisasi ialah bertanggungjawab atas semua kerja organisasi yang
dijalankan manakala gaya kepimpinan akan mempengaruhi pencapaian hasil dari organisasi dalam
dunia pendidikan. Menurut George R. Terry, kepimpinan adalah kegiatan mempengaruhi orangorang,
agar mereka suka berusaha mencapai tujuan-tujuan kelompok. Seterusnya, organisasi pula
merupakan struktur atau susunan iaitu penyusunan dan penempatan orang-orang dalam suatu
kelompok kerjasama, yang bermaksud menempatkan orang dengan kewajiban, hak-hak dan
tanggungjawab masing-masing. Tugas dan tanggungjawab tersebut tersusun rapi pola kegiatannya
agar menuju ke arah tercapainya tujuan bersama yang telah disepakati.
Carta organisasi sekolah bermula daripada Pengetua yang diikuti dengan Penolong Kanan
Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Kaunselor dan Penolong Kanan Kokurikulum.
Penolong Kanan Pentadbiran terbahagi kepada dua bahagian kerja iaitu bahagian pentadbiran dan
bahagian kurikulum. Bahagian kurikulum pula terbahagi kepada dua iaitu Guru Kanan
Matapelajaran yang diketuai oleh Ketua Panitia bagi setiap matapelajaran dan pusat sumber.
Seterusnya bagi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid harus mengendalikan empat kerja iaitu dari
segi disiplin, pendaftaran pelajar, kantin dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Kaunselor pula
merupakan satu badan yang agak penting bagi membentuk dan membantu dalam membaiki dari
segi sahsiah pelajar, tugasnya adalah bimbingan dan kerjaya. Akhir sekali, Penolong Kanan
Kokurikulum yang ditugaskan untuk mengendalikan dua bahagian iaitu bahagian sukan dan
bahagian kelab. Sukan terbahagi kepada dua iaitu rumah sukan dan olahraga ataupun dikenali
sebagai permainan. Bahagian kelab juga mempunyai dua bahagian iaitu persatuan dan unit
beruniform.
Peranan setiap Pengetua sekolah adalah memimpin organisasi ke arah pencapaian visi dan misi
sekolah. Mempunyai wawasan yang mengujakan dan jelas serta berupaya mengembleng warga
sekolah perlu ada dalam ciri-ciri setiap pengetua sekolah. Golongan ini perlu mentadbir dan
mengurus sekolah serta tugas lain yang perlu dikendalikan dilaksanakan dengan berkesan dan
cekap, misalnya perkara-perkara yang telah ditentukan oleh pihak berkepentingan seperti
Kementerian Pendidikan (KPM). Seseorang pengetua bertanggungjawab dalam meningkatkan
Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar KPM. Malah
seorang Pengetua juga bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan, pentadbiran dan kewangan
sekolah serta mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. Dalam
kata lain, seorang Pengetua harus memainkan peranan dari setiap sudut dan dianggap ‘kepala’
yang penting dalam organisasi sekolah ini. Jelaslah bahawa peranan Pengetua sebagai pemimpin
dalam organisasi sekolah ini adalah amat penting bagi mewujudkan sekolah yang berwawasan dan
mempunyai hala tuju yang jelas.
Seterusnya, bidang tugas Penolong Kanan pula ialah menjalankan tugas pengetua semasa
ketiadaannya. Sebagai contoh, setelah bersaranya seorang Pengetua, setiap Penolong Kanan perlu
mengambil alih buat seketika sementara menunggu Pengetua baru datang ke sekolah tersebut.
Tugas ini bertujuan agar sekolah tersebut dapat dikawal jika berlaku sebarang masalah semasa
ketiadaan Pengetua. Penolong Kanan bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum,
pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Malah golongan ini juga bertangggungjawab
dalam membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah serta
menyelia dan menilai proses pengajaran. Manakala bagi tugas Kaunselor pula adalah menolong
pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat
pelajar berada, contohnya memahami sikap, mencungkil minat, bakat dan kebolehan masingmasing
dan juga membantu dalam penyempurnaan kendiri. Jelaslah bahawa peranan Penolong
Kanan dan Kaunselor mempunyai kepentingan tersendiri bagi menyempurnakan sesebuah
organisasi dan mencapai matlamat setiap sekolah.
Antara struktur Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran ialah Pengerusi iaitu Guru Kanan Mata
Pelajaran diikuti dengan Naib Pengerusi iaitu Ketua Panitia, seterusnya, setiausaha dan ahli yang
terdiri dari semua guru mata pelajaran. Guru Kanan Mata Pelajaran, Pengerusi, merupakan ketua
bidang mata pelajaran dan lantikannya adalah oleh Jabatan Pelajaran Negeri kerana ia melibatkan
elaun khas Guru Kanan. Peranan golongan ini adalah untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, merupakan penyelaras panitia bidang mata pelajarannya, mentadbir
dan mengurus kurikulum bidang mata pelajarannya, pengurus stor dan inventori bidang mata
pelajarannya dan juga memastikan kemajuan staf akademik dan bukan akademik dalam bidang
mata pelajarannya. Antara agihan mata pelajaran mengikut bidang terdiri daripada empat bidang
iaitu Bahasa, Sains dan Matematik, Teknik dan Vokasional dan akhir sekali bidang Kemanusiaan.
Bidang Bahasa terdiri daripada bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Cina, Tamil dan lain-lain. Sains
dan Matematik pula Sains teras, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Matematik Tambahan dan
sebagianya. Manakala Teknik dan Vokasional, Kemahiran Hidup Bersepadu, Ekonomi Rumah
Tangga, Perdagangan, Prinsip Akaun dan lain-lain. Akhir sekali bidang Kemanusiaan Sivik,
Geografi, Kesusasteraan dan sebagainya.
Natijahnya, kepimpinan merupakan sesuatu yang amat penting dalam sebuah organisasi kerana
kepimpinan dapat menjadi pemancu prestasi dalam organisasi tersebut. Setiap peranan yang
diberikan kepada guru-guru merupakan sesuatu yang mencabar namun itulah komitmen yang
diperlukan oleh setiap organisasi bagi mencapai visi dan misi tersendiri melalui kesepakatan
bersama. Tanpa kepimpinan yang baik, sudah pasti generasi yang akan datang tidak dapat dibentuk
dengan baik.
i. Kepimpinan Peringkat Sekolah.
Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh.
Seseorang Pengetua yang memegang teraju di peringkat sekolah memerlukan pengatahuan dan
pengalaman yang banyak dan tinggi mengenai pendidikan. Sebagai contoh pengetahuan dalam
bidang akademik, latar belakang murid dan masyarakat, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan,
masalah politik, dan masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan. Oleh itu, pentingnya cara
kepimpinan Pengetua yang produktif dan baik dalam mengendalikan sesebuah organisasi yang
besar seperti sekolah ini. Kepimpinan peringkat sekolah terbahagi kepada empat, iaitu autokratik,
demokratik, laissez-faire dan kontigensi.
Autokratik merupakan hubungan sehala iaitu pemimpin dan dipimpin. Antara cirinya ialah
arahan dari Pengetua dan guru-guru perlu mengikuti arahan beliau tanpa soal. Pancangan Pengetua
perlu dilaksanakan dan Pengetua yang mengamalkan autokratik ini menjalankan kawalan yang
ketat dan kurang mempercayai orang lain. Dengan cara ini akan menyukarkan penambahbaikan
dilakukan kerana hanya ideanya sehaja yang diguna pakai dan tidak menerima pandangan guruguru
lain kerana jenis kepimpinan autokratik ini tidak menggalakkan percambahan minda. Sekolah
jenis autokratik ini memperlihatkan satu bentuk kuasa yang mutlak dan pembuatan keputusan
adalah terpusat. Setiap keputusan yang dikeluarkan guru-guru terpaksa menerimanya kerana ia
bersifat diktator.
Seterusnya, demokratik merupakan jenis kepimpinan yang lebih liberal. Di mana Pengetua
akan berbincang terlebih dahulu dengan para guru, melalui cara ini Pengetua akan menerima dan
memberi pandangan beliau terhadap perkara yang dibincangkan. Dan keputusannya adalah atas
dasar persetujuan majoriti. Kepimpinan demokratik ini amatlah digalakkan diguna pakai oleh
setiap organisasi kerana ianya menggalakkan percambahan minda serta dapat menerima
pandangan dari guru-guru lain. Cara ini mampu memulihkan sesuatu masalah dengan baik kerana
setiap guru mempunyai idea dan cadangan masing-masing. Melalui perkongsian idea ni, Pengetua
mampu memilih cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
Pandangan guru yang diberikan diambil perhatian oleh pihak pengurusan sekolah. Jelaslah, jenis
kepimpinan demokratik ini merupakan cara kepimpinan yang terbaik untuk diterapkan di dalam
sesebuah organisasi dan Pengetua merupakan individu yang seharusnya memainkan peranan
kepimpinan ini.
Laissez-faire merupakan jenis kepimpinan yang bertentangan dengan autokratik.
Kepimpinan ini memberi kebebasan, kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberi
pandangan. Malah, golongan ini juga kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti.
Pengetua yang mengamalkan kepimpinan laissez-faire ini, menunjukkan bahawa beliau hanya
akan memberi komen terhadap aktiviti yang dilakukan oleh orang bawahan tanpa menilai dan
menyusun atur. Dan kebiasaannya, golongan ini tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya
apatah lagi kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Golongan seperti ini akan membiarkan
semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya dan berperanan sebagai pemerhati senyap.
Namun begitu, terdapat beberapa kebaikan jenis kepimpinan laissez-faire ini, antaranya
ialah orang bawahan tidak terlalu tertekan dimana kebebasan penuh diberikan kepada pihak
bawahan dengan penglibatan yang minimum oleh pemimpin. Tidak seperti kepimpinan autokratik
yang semuanya dibawah arahan pemimpin. Semua pandangan guru diterima dan kepimpinan ini
memudahkan keputusan yang relevan dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan mahupun
masalah. Akhir sekali, jenis kepimpinan Kontigensi yang merupakan kepimpinan yang bergantung
kepada situasi. Tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan
mentadbir organisasi sekolah.
Akhir kalam, setiap sekolah mempunyai jenis kepimpinan tersendiri berdasarkan gaya
kepimpinan Pengetua sekolah itu sendiri. Tanpa kepimpinan yang baik, sudah tentu sesebuah
organisasi akan mengalami kecelaruan yang mampu menjatuhkan organisasi itu sendiri. Oleh itu
pentingnya memilih cara kepimpinan yang baik bagi menerajui sesebuah organisasi yang mampu
mencapai misi dan visi tersendiri
ii. Kepimpinan dan Gaya Pengajaran.
Kepimpinan pengajaran ialah tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua mahupun
pihak-pihak yang telah diamanahkan untuk menggalakkan pembelajaran murid-murid. Menurut
Southworth (2002), pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran
termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga pembelajaran murid. Manakala, kepimpinan
bilik darjah pula merupakan satu kemahiran untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi
dengan orang lain, mampu mengaitkan perkara yang berlaku hari-hari yang melibatkan interaksi
dua pihak. Antara pemimpin di bilik darjah ialah guru kelas atau guru subjek dan murid-murid
yang diberi kuasa untuk mengendalikan kelas semasa ketiadaan guru seperti ketua dan penolong
kelas.
Kepimpinan di dalam bilik darjah wujud apabila murid-murid mengharapkan panduan dan
teladan dari seseorang guru, murid-murid mencapai sesuatu yang luar jangkaan mereka di dalam
bilik darjah dan juga setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif dalam diri setiap murid.
Ini merupakan bukti berlakunya kepimpinan di sekolah-sekolah. Antara ciri-ciri guru yang
berkepimpinan yang berkesan ialah guru yang mampu membuang sifat mementingkan diri sendiri.
Guru selalu ingin menang, merasakan dirinya selalu benar, bersikap sombong dan bangga akan
diri sendiri serta tidak suka dan susah mendengar saranan dan kritikan orang lain akan
membuatkan murid mahupun sesama pentadbir sekolah berasa tidak disenangi dan seterusnya akan
membatasi ruang pergaulan antara mereka.
Guru yang berkepimpinan juga bijak dalam membuat keputusan serta mampu menjadi
teladan kepada murid-muridnya. Walhal, guru yang mempunyai ciri kepimpinan yang berkesan
juga ialah guru yang mampu membuat pertimbangan yang wajar untuk mengelakkan perasaan
tidak puas hati dalam kalangan murid. Ciri ini sukar untuk ditemui dalam diri guru-guru kerana
ianya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana harus menghadapi pelbagai karenah murid.
Jelaslah bahawa, peranan guru yang baik adalah bermula dari sifat guru itu sendiri.
iii. Gaya pengajaran
Gaya pengajaran ialah merupakan tindakan-tindakan yang guru lakukan semasa
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau luar kelas. Dalam kata lain,
gaya pengajaran merupakan segala kegiatan yang dijalankan oleh guru dalam rangka
menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada murid mereka. Secara amnya, guru-guru
seharusnya menjadi diri sendiri dalam mendidik pelajar. Sebagai contohnya, jika seseorang guru
itu mempunyai sifat lucu, jangan cuba menahan sifat lucu tersebut di dalam kelas. Hal ini demikian
kerana, murid-murid lebih menyukai dan menghormati serta selesa dengan seseorang guru yang
memaparkan gaya keperibadian yang jujur dan selagi mana guru mengambil berat tentang mereka
terutamanya dalam pembelajaran. Mereka juga tidak selesa dengan guru yang menunjuk-nunjuk
dan berpura-pura dihadapan mereka.
Antara kaedah yang boleh diterapkan untuk mewujudkan gaya pengajaran yang berkesan ialah
cara penyampaian yang baik yang sentiasa dipelbagaikan agar murid tidak merasa bosan dengan
pengajaran yang disampaikan serta pada akhir sesi pembelajaran, guru seharusnya mendapatkan
maklum balas dari murid.Terdapat tiga jenis gaya pengajaran iaitu secara langsung, secara tak
langsung dan pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar.
Pengajaran secara langsung di mana komunikasi yang berlaku adalah sehala di mana guru
mengamalkan pendekatan autoritarian, murid tiada dibenarkan untuk berinteraksi dengan murid
lain. Murid juga harus menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru tidak kira
secara arahan atau penerangan. Jenis pengajaran ini merupakan kaedah cara yang lama dan pasif
dan ianya agak membosanakn. Namun begitu, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan
oleh guru-guru seperti kaedah syarahan, bercerita dan pengajaran secara kelas.
Pengajaran secara tak langsung atau juga dikenali dengan pengajaran berpusatkan murid, guru
hanyalah sebagai pemerhati dan fasilitator kerana ianya berfokuskan terhadap murid. Contohnya,
kerja berkumpulan yang mampu mewujudkan interaksi sesama murid dan saling bertukar
pendapat. Hal ini memboleh murid untuk melakukan aktiviti yang akan meningkatkan lagi kognitif
mereka seiring dengan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas.
Pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar yang berperanan membantu tugas guru di dalam
kelas. Bahan yang digunakan merupakan saluran untuk menyalurkan segala ilmu pengetahuan
kepada murid-murid, seperti komputer, kertas major, software dan lain-lain lagi. Tegaslah bahawa
jenis gaya pengajaran terbahagi kepada 3 iaitu secara langsung, tak langsung dan bahan bantu
mengajar.
Kesimpulannya, kefahaman mengenai peranan kepimpinan pengajaran, kepimpinan di
dalam bilik darjah dan gaya pengajaran yang seharusnya diterapkan merupakan perkara yang perlu
difahami dengan baik oleh para guru. Dengan kefahaman yang mendalam akan membantu guru
agar sentiasa mengingati tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik yang berkaliber.

PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

TOPIK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Harold Koontz (1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan
bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Mary Parker Follet (1995)
seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja
melalui sumbangan orang lain. Menurut perspektif islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu
proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara
fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan
menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan
sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al-falah di dunia dan di
akhirat.
Pembelajaran pula merujuk kepada perubahan dalam tingkahlaku subjek atau tingkah laku
berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek
dalam situasi tersebut. Bower dan Hilgard (1981) sebenarnya, pembelajaran merupakan perubahan
tingkahlaku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkahlaku yang boleh
diperlihatkan. Definisi pengurusan pembelajaran pula ialah proses merancang pengajaran dan
pembelajaran agar mencapai matlamat, menetukan atau memberi garis panduan perkara-perkara
yang perlu dilakukan oleh guru, menetukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran,
memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan
agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi,26
Disember 2012).
Isi-isi penting yang saya perolehi daripada tajuk ini ialah kepentingan pengurusan pembelajaran,
konsep mengurus pembelajaran dan juga persediaan rancangan kerja. Antara kepentingan
pengurusan pembelajaran ialah berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar. Selain itu juga
adalah berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran. Dengan
menggunakan panduan sukatan pelajaran ia dapat memudahkan urusan guru-guru agar dapat
merancang dan mengajar murid-murid dengan lebih bijak dan teratur. Seterusnya ialah dapat
mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, apabila perancangan yang
dijalankan menggunakan kaedah seperti yang dirancang maka matlamat dan objektif yang ingin
dicapai akan membuahkan hasil yang baik dalam pengajaran dan juga pembelajaran. Kepentingan
yang terakhir ialah dapat meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
Isi yang kedua ialah konsep mengurus pembelajaran. Antaranya ialah peranan guru sebagai
pengurus bilik darjah adalah merancang, mengelola,mengawal dan juga mengarah. Dengan
merancang, guru perlu merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,
pengetahuan sedia ada murid. Guru juga merancang untuk pemeringkatan isi pelajaran. Selain itu,
merancang strategi dan kaedah pengajaran dan juga merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu juga, merancang aktiviti kumpulan. Seterusnya, merancang kemudahan
dan susunan fizikal bilik darjah. Akhir sekali ialah,merancang aktiviti penilaian. Manakala peranan
guru dalam mengelola pula ialah mengurus bilik darjah, mengurus aktiviti murid, mengurus bahanbahan
pelajaran, mengurus disiplin bilik darjah, mengurus aktiviti kumpulan, mengurus kaedah
fizikal dan kemudahan dan juga mengurus aktiviti penilaian.
Dari segi mengawal pula ialah mengawal peraturan-peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti
kumpulan, mengawal murid bermasalah peribadi, memastikan masalah disiplin tidak timbul dan
juga memastikan pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan. Akhir sekali
peranan guru sebagai pengurus bilik darjah dalam mengarah ialah mengarah murid menjawab
soalan guru, mengarah murid mendengar, mengira dan menulis, mengarah murid-murid
membentuk kumpulan masing-masing, mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah,
mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran dan juga mengarah murid mematuhi disiplin
bilik darjah dan sebagainya.
Isi yang terakhir ialah membuat persediaan rancangan kerja. Iaitu membuat perancangan sebelum
mengajar, atau dengan kata mudahnya ialah membuat Rancangan Pembelajaran Harian (RPH).
Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan juga kaedah. Perancangan juga perlu membuat
penyediaan buku rekod dan jadual. Manakala persediaan rancangan kerja yang seterusnya ialah
Pengurusan Sumber Pengajaran dan juga Pembelajaran. Dengan itu guru-guru perlu membuat
penyediaan bahan-bahan pelajaran yang akan digunakan dalam proses P&P. Guru-guru juga
haruslah membuat penyediaan alat bantu mengajar yang bersesuian contohnya buku teks, buku
rujukan dan juga alat bantu mengajar yang lain yang bersesuaian dengan pembelajaran.
Secara rumusnya pengurusan dan pembelajaran pelajar merupakan satu kaedah atau uslub yang
sangat efektif dan bijak dalam menjalankan suatu aktiviti pembelajaran. Dengan menggunakan
kaedah ini dan memahami konsep ini dengan baik maka guru-guru akan dapat mencapai matlamat
dan juga objektif pembelajaran yang akan disampaikan kepada anak-anak murid mereka.
Kesimpulannya, pengurusan dalam pengajaran merupakan satu perkara yang sangat penting untuk
diaplikasikan dalam setiap sesi pengajaran oleh semua yang bergelar pendidik. Hal ini demikian
kerana, adanya kejayaan daripada setiap murid pasti adanya seorang guru yang membimbing
mereka dan adanya pembimbing itu mesti adanya strategi yang dilakukan dan diikuti bagi
mencapai sesuatu perkara tersebut. Oleh itu, pengurusan dan pengajaran ini amatlah berkait rapat
sesama sendiri untuk melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif seterusnya melahirkan
generasi muda yang cemerlang dan gemilang.

INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Interaksi merupakan satu jalinan hubungan antara guru dengan pelajar. Menurut A New
English Dictionary, interaksi bilik darjah bermaksud saling bertindak serta saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Di bawah konsep pendidikan, interaksi dalam bilik darjah
dapat didapati daripada dua sudut iaitu interaksi antara individu dan juga interaksi antara
individu dengan alam sekitar.
Antara contoh interaksi antara individu iaitu interaksi antara guru dengan murid di dalam bilik
darjah. Interaksi ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu percakapan guru,
percakapan murid dan juga berlakunya kesenyapan dalam kelas tersebut manakala interaksi
antara individu dengan alam sekitar pula iaitu satu proses bertindak balas antara guru, murid,
objektif pelajaran, isi kandungan serta alam sekitarnya yang meliputi segala aspek budaya,
sosioekonomi, organisasi, lokasi dan juga masa.
Seterusnya, jenis-jenis interaksi ini pula dapat dibahagikan kepada tiga iaitu interaksi sehala
dari guru kepada murid, interaksi dua hala iaitu antara murid dengan murid, serta interaksi
pelbagai hala antara guru dengan murid dan juga murid dengan murid. Antara ciri interaksi
sehala dari guru kepada murid iaitu aktiviti pembelajarannya bercorak positif. Corak
interaksinya hanya tertumpu kepada guru sahaja dan tiada interaksi antara murid dengan murid.
Interaksi ini menggunakan pendekatan yang hanya memusatkan kepada guru sahaja seperti
kaedah kelas, aktiviti pemulihan dan juga kaedah demontrasi.
Bagi interaksi dua hala iaitu antara guru dengan murid, ciri-ciri interaksi tersebut iaitu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif, perhubungan guru dengan murid dapat dirapatkan
serta penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti amatlah digalakkan. Interaksi ini pula
menggunakan pendekatan secara perbincangan, kaedah menyoal dan juga kaedah sokratik.
Bagi interaksi dua hala iaitu antara murid dengan murid pula, ciri-ciri interaksi ini berbentuk
aktiviti pembelajaran bercorak aktif, hubungan murid dengan murid dapat dirapatkan serta
semangat kerjasama, toleransi serta tolong menolong dalam kalangan murid dapat dipupuk.
Ianya menggunakan kaedah pendekatan secara berkumpulan seperti pengajaran melalui aktiviti
lakonan, kaedah bermain, sumbangsaran dan lain-lain lagi.
Selain itu, ciri-ciri bagi interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan
murid iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajarannya bercorak aktif, hubungan antara guru
dengan murid dan murid dengan murid dapat dirapatkan serta peranan murid dapat digunakan
secara optimum. Bagi pendekatan dan strategi pengajaran pula ianya berbentuk simulasi,
pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, aktiviti pemulihan dan sebagainya.
Kesimpulannya, kepentingan interaksi dalam pembelajaran ialah dapat mengeratkan
perhubungan guru dengan murid-murid dalam bilik darjah terutamanya. Perhubungan guru dan
murid-murid yang mesra ini adalah syarat yang sangat penting bagi guru menyampaikan
pengajaran dengan berkesan. Selain itu, interaksi dalam pembelajaran penting kerana ianya
merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Hal ini
demikian kerana, tanpa adanya interaksi, para pelajar dan guru tidak boleh berkomunikasi
dengan baik sesama mereka. Akhir sekali ialah interaksi ini merupakan pemangkin untuk
meningkatkan prestasi pelajar, guru dan sekolah di sesebuah sekolah itu.

SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Menurut Profesor Dr. S. Nasution, M.A, sosiologi pendidikan ialah satu ilmu yang berusaha untuk
mengetahui cara-cara mengendalikan proses pendidikan untuk mengembangkan keperibadian
pendidik agar lebih baik dan teratur. Selain daripada itu, menurut F.G Robbins dan Brown,
sosiologi pendidikan juga dikenali sebagai satu ilmu yang membicarakan dan menjelaskan
hubungan-hubungan sosial yang mempengaruhi individu untuk mendapatkan dan
mengorganisasikan sesuatu pengalaman manakala E.G Payne menjelaskan bahawa sosiologi
pendidikan merupakan kajian yang komprehensif tentang segala aspek pendidikan daripada segi
ilmu sosiologi yang ditetapkan. Oleh itu, sosiologi pendidikan adalah merupakan sebuah kajian
tentang fenomena pendidikan yang berkembang dalam proses interaksi sosial dan masyarakat.
Pendekatan dalam kajian sosiologi terbahagi kepada dua iaitu pendekatan makro dan juga
pendekatan mikro. Pendekatan makro berkait rapat dengan teori-teori dalam sosiologi pendidikan
iaitu teori fungsionalisme dan teori konflik manakala pendekatan mikro pula berkait rapat dengan
teori interaksionalisme. Ahli sosiologi mengkaji peristiwa yang berlaku dalam masyarakat dengan
mengkaji secara makro iaitu bagaimana perlakuan sosial manusia dipengaruhi oleh masyarakatnya
manakala bagi pendekatan secara mikro ahli sosiologi mengkaji peristiwa yang berlaku ke atas
individu dalam masyarakat dengan berasaskan sudut pandangan individu tersebut.
Teori fungsionalisme merupakan kajian yang berlaku terhadap perlakuan sosial atau institusi
dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Dalam hal ini, masyarakat
dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi yang tersendiri iaitu mempunyai
tujuan dan keperluan tertentu. Hal ini demikian kerana, struktur sosial akan menentukan
kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat. Teori konflik pula ialah satu teori yang
menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat. Seperti yang dinyatakan oleh Max Weber (1964-
1920) yang mana beliau merupakan orang yang mengaitkan teori konflik dengan pendidikan,
beliau menegaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar tentang status
budaya. Sebagai contoh, hubungan antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik di
antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat
tersebut.
Bagi teori interaksionalisme yang mana merupakan pendekatan makro pula, manusia tidak pasif
dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang membentuk realiti. Teori ini telah diperkenalkan
oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-1931). Manakala ahli yang
menerapkan teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves dalam bukunya yang berjudul
“Interpersonal Relation And Education”. Teori ini juga menjelaskan bahawa manusia
berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi di antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi
dengan diri sendiri. Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan
tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi
yang sesuai. Hal ini akan menyebabkan jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan
masyarakat.
Kesimpulannya, teori-teori yang dikemukakan oleh setiap ahli sosiologi mempunyai perbezaan
disebabkan oleh pandangan-pandangan mereka yang berbeza. Namun demikian, setiap pandangan
tersebut dapat diambil sebagai rujukan buat masyarakat pada zaman sekarang terutamanya kepada
mereka yang bergelar sebagai pendidik. Hal ini agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam
setiap tugas mengikut kesesuaian pada masa tersebut. Justeru itu, ini akan membolehkan lahirnya
anak didik yang cemerlang dan gemilang pada masa akan datang.

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Setiap bakal guru perlu lah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkah ke alam persekola...