TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Konsep penasihatan murid pula didefinisikan sebagai memberi nasihat ialah strategi
menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. ( Zuraidah 1994 ).
Sementara itu, bagi Gibson & Mitchell ( 1999 ) nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan
maklumat baru dan berguna. Dalam Kamus Dewan pula nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik,
peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorag tentang pelbagai hal.
Jadi dapat disimpulkan bahawa penasihatan ini ialah strategi untuk menyelesaikan masalah murid
dengan memberi ajaran dan petunjuk yang baik serta menyediakan maklumat baru dan berguna.
Tiga isi penting yang dapat saya pelajari dalam topik ini ialah tentang konsep bimbingan,
penasihatan dan mentoring. Menurut Crow & Crow (1960) konsep bimbingan ialah bantuan
seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari
setiap peringkat usia. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan
aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam
pendidikan mereka. Sementara itu, konsep penasihatan telah diasaskan oleh Zuraidah (1994).
Konsep ini merujuk kepada proses memberi nasihat iaitu strategi menyelesaikan masalah tanpa
memikirkan perasaan individu yang terlibat. Konsep yang terakhir ialah konsep mentoring.
Konsep ini dipelopori oleh Fletcher (2000). Menurut perspektif ini mentoring ialah membimbing
dan menyokong pelajar (mantee) supaya dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah,
tentang melicinkan tatacara yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan
mengarahkan.
Dapat dirumuskan disini bahawa pengurusan penasihatan murid ini memberi tumpuan kepada
penasihatan murid yang terdiri daripada tiga komponen iaitu bimbingan, penasihatan dan
mentoring. Ketiga-tiga komponen ini merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk
membantu pelajar-pelajar dalam aspek pembelajaran dan kehidupan mereka. Ketiga-tiga kaedah
ini dikenalpasti sebagai strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara
tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan
pelajar bagi membentuk modal insan yang baik kepada negara dan bangsa serta mencapai
kesejahteraan dalam kehidupan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Setiap bakal guru perlu lah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkah ke alam persekola...
-
TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID Konsep penasihatan murid pula didefinisikan sebagai memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masa...
-
TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Setiap bakal guru perlu lah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkah ke alam persekola...
-
TOPIK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah yang mem...
No comments:
Post a Comment